Log harian bermata
13 aktiviti — cold call, follow-up, live, konten, farming, viewing hingga closing. Tekan + dan mata dikira automatik.
Rekod aktiviti setiap hari, urus prospek dan listing, dan lihat kemajuan 90 hari anda — semuanya dalam satu aplikasi yang ringkas.
Kebanyakan REN baru tahu apa yang perlu dibuat — cabarannya ialah buat setiap hari dan tahu di mana kedudukan anda.
Setiap aktiviti ada mata. Anda nampak terus sama ada sasaran harian dicapai.
Propti ingatkan prospek yang perlu follow-up hari ini dan yang dah terlewat.
Dashboard kira nisbah penukaran anda sendiri — daripada cold call hingga closing.
Dibina berdasarkan pelan kerja 90 hari untuk ejen hartanah baharu.
13 aktiviti — cold call, follow-up, live, konten, farming, viewing hingga closing. Tekan + dan mata dikira automatik.
Simpan sumber, bajet, status dan tarikh follow-up. Telefon atau WhatsApp klien dengan sekali tekan.
Jejak listing, pertanyaan dan viewing. Amaran bila surat lantikan hampir tamat — dan peringatan jangan iklan selagi surat belum ditandatangani.
Kemajuan sasaran, skor mingguan (hijau/merah), pipeline prospek dan nisbah penukaran anda.
Tiada akaun, tiada server. Maklumat klien kekal dalam peranti anda. Export backup bila-bila masa.
Tukar bahasa dengan satu tekan. Selepas dipasang, Propti boleh dibuka walaupun tiada internet.
Dua minit sehari sudah cukup untuk tahu kedudukan anda.

Tekan + untuk setiap aktiviti. Mata dan status sasaran dikira terus.

Status, sumber dan follow-up — dengan butang WhatsApp terus.

Kemajuan 90 hari dan skor mingguan untuk dibincang bersama Ketua Pasukan.
Tiada muat turun dari kedai app. Tiada pendaftaran.
Gunakan Chrome di Android atau Safari di iPhone.
Ikut panduan dalam app — supaya Propti dibuka seperti aplikasi biasa dan data anda selamat.
Masukkan nama, tarikh mula dan sasaran. Setiap malam, rekod aktiviti hari itu.
Nama, nombor telefon dan bajet klien adalah sulit. Propti menyimpan semuanya dalam peranti anda sahaja — tiada akaun, tiada pangkalan data dalam talian. Baca dasar privasi.
Guna semua ciri tanpa bayaran. Tiada kad kredit diperlukan.
Ya. Propti percuma sepenuhnya semasa fasa akses awal. Tiada kad kredit dan tiada pendaftaran akaun diperlukan.
Semua data — prospek, listing dan log harian — disimpan dalam peranti anda sahaja. Propti tidak menghantar data klien anda ke mana-mana server.
Internet diperlukan semasa kali pertama membuka dan memasang Propti. Selepas dipasang di Skrin Utama, Propti boleh dibuka dan digunakan tanpa internet.
Boleh. Buka app.propti.my dalam Safari, tekan butang Kongsi dan pilih “Add to Home Screen”. Propti juga boleh digunakan di Android melalui Chrome.
Gunakan Tetapan → Export backup untuk simpan semua data dalam satu fail. Di telefon baharu, buka Propti dan pilih Import untuk pulihkan data anda.
Buka Propti di telefon anda — percuma, tanpa pendaftaran.
Buka app.propti.my →